Bismillahirrahmanirrahim

Tuesday, December 8, 2009

Manila-MILF sambung rundingan damai

KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina menyambung rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan menyuarakan keyakinan untuk mencapai penyelesaian berpanjangan.

Rundingan dua hari di Kuala Lumpur mulai semalam turut disertai oleh Kumpulan Penghubung Antarabangsa (ICG) yang dianggotai Britain, Jepun dan Turki.:

Proses damai yang dianjurkan Malaysia sejak 2001 itu bertujuan untuk menamatkan pemberontakan empat dekad yang menyebabkan 120,000 orang terbunuh di selatan Filipina.

Krisis itu juga menyebabkan pelabur asing bimbang untuk melabur di rantau tersebut yang dipercayai kaya dengan simpanan minyak dan gas.

"Saya percaya kita semua berkongsi keyakinan bahawa kita mampu menghasilkan keamanan yang adil, berpanjangan, diterima dan memberi manfaat kepada penduduk Islam di Mindanao serta seluruh rakyat Filipina," kata pengerusi panel perunding kerajaan, Rafael Seguis.

Peningkatan keganasan sejak Ogos 2008 hingga Julai tahun ini menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh dan hampir 750,000 lagi hilang tempat tinggal.

0 ulasan:

Google News

 

Tentera Mahdi | Tentera Dajjal